1 day ago
Terkadang,
Kesuraman malam itu menjadi terlalu terang..
Dek kerana mata yang tak bisa lelap..
Melihat segala yang terhampar padanya..
Terang menjadi gelap..
Gelap menjadi terang..
Pada waktu kesenggangan yang mengelirukan...
*****
Dalam keadaan yang hingar membingitkan..
Keliru dan kaku..
Berpusing diri pada paksi yang statik..
Diam membisu...
*****
Cakap berhadap cermin..
Tanda kau muhasabah diri tatkala enak berbicara..
Agar kau faham erti sebuah kepuraan dan kejujuran..
Kenyataan yang manusia seringkali cuba untuk melupakan....