Daripada sahabat~

apa khabar? nak citer sikit ni.. tentang usaha, doa, tawakkal tu.. walaupun sebenarnya bukan tentang perkahwinan pun, tapi mesej nk smpaikan tentang doa, usaha, tawakkal tu..

boleh eh aku citer.. ah, tak kira.. boleh tak boleh aku citer jugak.. huhu~ sejak aku masuk UKM ni, aku rasa tak pernah pun seronok.. mungkin ada seronok tapi tak seseronok macamana kat IIC.. dari segi pergaulannya, pembelajarannya, fahaman aqidahnya yang lebih ke arah Al-Sya'irah, sifat 20.. dalam masa sebulan betul2 aku tak dapat nak adapt dengan suasana kat sini.. aku ni second intake, jadi, ada beberapa topik yang aku tertinggal dalam pelajaran, pulak tu aku masuk je, dah mula dengan bab 2 atau 3.. nk cari balik bab satu, betul2 aku terpinga2.. tak macam IIC, lebih mudah.. UKM, segala benda tertakluk atas pelajar tu sendiri..

sampai aku rasa, sebulan duk UKM, macam orang sakit jiwa.. walaupun dari fizikalnya aku nampak normal.. fikiran serabut, pelajaran susah nak masuk.. g sana tak kena, g sini tak kena.. makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.. haha.. betul oh.. mula2 aku masuk UKM, pagi petang siang malam asik melantak je.. boleh kata makan je habis RM20 sehari.. aku pun tatau nape nafsu makan aku melonjak gila2.. tidur pulak mesti melebih2.. tak cukup 8 jam.. uhuu~ mandi je la.. basah la kan, tipu la kalau tak basah.. huhu~

sampai satu ketika, aku rasa aku perlu lari sekejap dari tekanan UKM.. walaupun aku berada di UKM.. aku cuba manfaatkan setiap ruang yang Allah bagi, kalau terjaga malam, tahajjud menjadi keutamaan.. setiap pagi waktu selang kelas, amik peluang utk dhuha.. bagi aku, dhuha waktu munajat aku padaNya.. setiap kali solat, aku akan cari penghayatan IHSAN yang disebutkan dalam hadith Jibril, sanad daripada Umar.. "beribadahlah kamu seolah2 kamu nampak Allah, jika kamu tak nampak Dia, maka Dia nampak kamu," Alhamdulillah terasa betul2 seolah2 Dia ada kat hadapan kita.. Dia terlalu dekat dgn kita.. terasa setiap hembusan nafas tika solat tu, semuanya nikmat yang tak terhingga..

Saat itu, doa tak jemu meminta.. Yup, terasa diri ni hina sangat, bila ada kemelutan dan kekusutan, baru la nak meminta, malu yang teramat dihadapan Dia.. terasa muka makin menebal.. tapi aku fikir juga, andaikata malu ini menyebabkan aku pergi taknak berdoa, kepada siapa lagi yang patut aku ajukan segala keresahan.. Siapa lagi yang boleh tolong aku selain Dia? tebal tak tebal muka ni, pedulikan, sebab Dia je segalanya sebab waktu tu aku sangat yakin yang Allah akan perkenankan doa aku sebab Allah dah janji: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan kepadamu.."

waktu itu, sehingga tak terungkap di mulut, yang termampu dek kerana malu yang teramat, hanya mampu berkata2 di hati.. sungguhpun begitu, aku yakin Allah mendengar apa yang terlintas di hati aku.. "permudahkanlah segala urusanku, cabutkanlah segala keresahan dan kegelisahanku, jadikan aku seorang pengurus yang baik, jika tidak pada masyarakat, jadikan aku seorang pengurus yang cemerlang pada diriku sendiri, tunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kegemilangan, biar aku berhadapan dihadapanMu nanti, ada bekalan yang terbaik pernah aku laksanakan demi Kau, wahai Tuhan."

bukan semalam doa, hari ini terus dapat.. makan masa berhari-hari, berminggu-minggu, malah cecah bulan.. itu pun aku rasa sangat bertuah bila kemelutan yang menyepit diri, diangkat bila sedikit demi sedikit Allah tunjukkan aku tempat yang seronok utk study, sehingga Allah beri peluang aku untuk mengetuai dan jadi pengarah pentomen (lakonan) yang melibatkan semua pelajar tahun satu kos aku.. lebih kurang 60 orang semuanya.. walaupun tanpa bekalan ilmu lakonan yang khusus, yang hanya latihan 2 hari sebelum pertandingan, walaupun tak dapat jadi pelakon terbaik tapi kami berjaya merangkul anugerah persembahan terbaik keseluruhan.. itu yang sangat bermakna.. tengok gambar yang aku post tu.. huhu~ pulak tu, dari segi pelajaran, walaupun masa jiwa tengah kacau, sebenarnya waktu tu Allah mudahkan sangat dari segi penyusunan nota dan catatan tanpa aku sedar.. aku cuba bandingkan dengan kawan2 lain, nota aku dah penuh satu fail dan sangat tersusun kemas.. berbeza dengan lain2, walaupun nampak bijak dalam pengurusan tapi nota masih lagi berterabur..

bukan nak bangga diri, cuma nak rasakan semuanya ni takkan berlaku tanpa bantuan Allah.. semua ni atas usaha, doa, kemudian, selepas doa tu terus tawakkal seiring dengan usaha.. Allah akan bantu dari segenap perjalanan.. hatta dalam urusan perkahwinan pun Ayu, jangan rasakan yang kita tak disayangi.. Allah menyayangimu lebih dari mereka yang diluar sana.. mungkin Dia nak kau betul2 mengharap padaNya, sehingga kau rasa Dialah segalanya untuk apa yang ada dilangit dan dibumi, saat itu Allah akan anugerahkan kau juga lelaki yang menjadikan Dialah segalanya dalam hidupnya.. =) La Tahzan, Innallaha ma'aki.. Jangan Bersedih, sesungguhnya Allah bersamamu, sentiasa, selamanya.. ;)

uhuu~ mutiara itu tak datang dari aku.. orang boleh kata mutiara tu kaca, orang boleh kata design mutiara tu tak cantik, tapi yang siapa yang memperelokkan dihadapan pandangan mata kau, Ayu.. tidak bukan, tidak lain lagi, Dia sahaja segalaNya..

Ada waktu memang kita akan rasa bahagia, ada waktu jugak Allah akan uji dengan perkara sebegitu, terasa "di mana Dia dihatiku".. tapi yakinlah, Allah uji kelompongan dengan masa yang lama, tapi saat Allah beri hidayah dan ketenangan saat bersamaNya, terasa kelompongan jiwa ni terisi penuh melimpah2 dengan rahmat dan kasih sayangNya.. waktu tu bila disusuli dengan sujud yang penuh kesyukuran, pastinya rahmat yang melimpah2 tu diterjemah dengan limpahan air mata kesyukuran kerana hati dah tak dapat menampung rasa rindu padaNya.. *air mata dalam sujud* itu yang tersangat indah, Ayu.. :)

* * * * * * * *

dan ternyata, terlalu banyak lompong dalam hubungan aku dan DIA T_T


0 Comments:

Post a Comment



 
Home

Copyright © 2009 .:: blackmawar ::. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.