12 hours ago
Semua benda dan perkara dibumi ini boleh dibeli dengan menggunakan wang.
Wang adalah alat tukar untuk mendapatkan perkhidmatan atau benda yang
korang inginkan atau perlukan. Korang fikir duit adalah segalanya. Korang fikir
dengan memiliki banyak duit dapat memberi korang kepuasan yang korang impikan.
Korang kena renung dan menungkan sedalamnya kerana duit bukanlah segalanya.
- Wang mampu membeli alat perhiasan TETAPI tidak kecantikan
- Wang mampu membeli ubatan TETAPI tidak kesihatan
- Wang mampu membeli hiburan TETAPI tidak kebahagiaan
- Wang mampu membeli teman TETAPI tidak sahabat sejati
- Wang mampu membeli segalanya TETAPI tidak tiket ke syurga